-
Mujahid tepis dakwaan Syiah disebar di Parlimen
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menepis dakwaan kunjungan delegasi Iran ke bangunan Parlimen bertujuan menyebarkan fahaman Syiah.
Tegas beliau, kunjungan delegasi Iran ke Bangunan Parlimen tidak menggambarkan Malaysia juga menerima ajaran Syiah.
Pada 4 Julai lalu, akaun Facebook rasmi Parlimen Malaysia berkongsi beberapa keping gambar kunjungan delegasi Iran mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Yusof.
Dalam pada itu, Mujahid menyatakan beliau tidak ada maklumat berhubungan pertemuan antara Speaker Dewan Rakyat dan delegasi Iran tersebut.
-
Umno sedia jual lebih banyak aset: Annuar
Selepas menjual kepentingan dalam Media Prima Bhd, Umno kini merancang untuk melupuskan lebih banyak asetnya, kata setiausaha agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya Umno dalam proses untuk melepaskan beberapa pegangan saham dalam beberapa pelaburan tertentu itu adalah benar.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan aset yang akan dilupuskan oleh parti itu dan pihak yang bakal membelinya.
Annuar juga mengesahkan bahawa memang terdapat usaha untuk melupuskan lebih banyak saham yang dipegang oleh Umno.
4. Wan tuduh Najib hipokrit Chef
Datuk Redzuawan Ismail yang lebih dikenali sebagai Chef Wan hari ini menuduh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak memahami maksud di sebalik kenyataan yang ditulis dalam laman Instagram miliknya semalam.
Dalam hantaran yang dimuat naik hari ini, Chef Wan juga berkata, Najib telah bersikap hipokrit sebelum ini.
Dalam hantaran itu juga, Chef Wan berkata, beliau pernah dijemput dua kementerian semasa era pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi memberi motivasi khusus dalam isu sosial kepada golongan peneroka Felda.
-
Peraturan jual durian tanpa kulit wajar dipertimbang
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan sekiranya terdapat pilihan pasaran terbaru dalam penjualan durian di mana raja buah itu dijual tanpa kulit.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif seperti itu bukan sahaja memberi pilihan kepada pengguna, malah dapat mengatasi masalah penipuan dan kerugian dialami pengguna yang kerap memperoleh durian buruk atau busuk.
Beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan perkara ini, mungkin dengan mewujudkan satu peraturan untuk penjual durian menjual isi durian sahaja kerana ia langkah yang sangat baik.
Namun,katanya jika ia dilaksanakan, penjual durian perlu memastikan kualiti atau jaminan isi durian itu perlulah berada pada tahap terbaik.