2. Terpulang kepada PM : Tok Pa
Bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini mengelak soalan mengenai kemungkinan beliau kembali ke Kabinet dan berkata ia terpulang kepada perdana menteri untuk membuat keputusan itu.
Beliau juga enggan mengulas mengenai sebarang pertukaran portfolio dalam Kabinet.
Minggu lalu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, tiada menteri akan digugurkan, sebaliknya hanya beberapa perubahan portfolio.
Beliau turut menolak spekulasi Mustapa yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri akan kembali ke Kabinet.
3. ‘Jika semua mahu berhimpun, bila nak bersatu’
Pihak berkuasa digesa segera menyiasat dakwaan rancangan penganjuran himpunan yang mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.
Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, dakwaan penganjuran itu tersebar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Pembela Ummah (Ummah).
Menurutnya, pihaknya menganggap himpunan tersebut adalah satu bentuk provokasi dan ia lebih menjurus kepada isu perkauman.
Katanya, bagaimana untuk memperkatakan mengenai perjuangan sekiranya semua kaum tidak bersatu padu.
4-Jangan kaitkan sentimen perkauman: KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua lelaki tempatan kerana didakwa menipu seorang mangsa berkaitan hadiah loteri di Kota Sentosa, Sarawak.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan dibuat kelmarin susulan maklumat mangsa yang melihat kedua-dua suspek berada di Batu Kawa, Sarawak.
Abdul Hamid berkata, secara amnya kumpulan terbabit telah bertindak di luar batasan terhadap seorang lelaki yang kononnya terlibat dalam kes penipuan tersebut.
Menurutnya, pada hakikatnya ini adalah kes jenayah melibatkan mangsa yang ditipu oleh dua suspek terbabit.
Tambahnya, pihaknya juga ingin mengulangi nasihat kepada masyarakat agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya selain tidak membuat komen berbaur perkauman.
5-UPSR bermula 4 September
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September depan.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata seramai 445,641 orang calon, telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan, di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan berkata seramai 53,242 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.