Various critiques for theSyarat dan peraturan melayari karangkraf.com
Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (54179-V) (“KARANGKRAF”) syarikat penerbitan majalah, yang turut menyediakan kemudahan multimedia dan interaktif melalui laman web www.karangkraf.com (“karangkraf.com”).
Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam karangkraf.com.
Melayari karangkraf.com adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan karangkraf.com, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.
Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam karangkraf.com.
Melayari karangkraf.com adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan karangkraf.com, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.
Hakcipta
Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel, grafik, gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari karangkraf.com atau menggunakan dengan sebarang tujuan adalah melanggar hakcipta KARANGKRAF.
Penggunaan bahan-bahan daripada karangkraf.com untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh KARANGKRAF tidak boleh dicetak, diulangterbit, diulang cetak, dimuat turun, dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana carapun.
Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam karangkraf.com, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh KARANGKRAF. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.
Forum umum
Karangkraf.com juga menyediakan ruangan untuk pelayar laman ini berkongsi pendapat, idea dengan umum. Mereka yang menghantar pendapat atau cadangan hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan yang diberikan. Karangkraf.com berhak menyunting atau tidak menyiarkan mana-mana pendapat yang difikirkan boleh memberi kesan buruk kepada umum.
Anda secara khususnya bersetuju bahawa karangkraf.com tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web.
Iklan
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.
Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.
Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak Karangkraf dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.
KARANGKRAF tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.
Pengiklan-pengiklan dalam karangkraf.com faham dan setuju yang KARANGKRAF tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.
Polisi persendirian
KARANGKRAF menguruskan karangkraf.com khusus untuk majalah-majalah dan bahan-bahan bacaan sampingan yang diterbitkannya.
Kesemua data peribadi yang kami kendali akan disimpan rahsia tetapi kami boleh, di mana pembukaan rahsia perlu untuk memenuhi tujuan yang berkaitan secara langsung, di mana data yang dikumpulkan menyediakan maklumat-maklumat untuk pihak-pihak seperti berikut:
- sebarang anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu atau gabungan-gabungan atau syarikat-syarikat dikawal oleh atau di bawah kawalan am kami;
- sesiapa jua yang diberi tugas penyimpanan rahsia kepada kami yang telah mengawasi maklumat-maklumat secara rahsia dan;
- sebarang institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat bayaran atau pengeluaran kad kredit, maklumat kredit atau biro rujukan atau agensi-agensi pengutipan perlu membentuk dan menyokong pembayaran apa jua perkhidmatan yang dipohon.
Penafian
Karangkraf.com tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.
Penggunaan karangkraf.com adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.
Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan karangkraf.com, anda boleh hantarkan ke [email protected].