Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut apabila dimaklumkan sejumlah US$884,996.78 Dolar Amerika Syarikat ada di dalam akaun BSI Switzerland miliknya awal 2016 tetapi beliau tidak pernah menggunakan wang itu dan tidak tahu apa status wang tersebut sehingga kini kerana ianya diuruskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.
Bekas ahli UMNO boleh masuk Bersatu: Dr Mahathir
Bekas ahli UMNO boleh masuk Bersatu: Dr Mahathir
Ahli UMNO yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun Perdana Menteri berkata hanya bekas ahli UMNO yang tidak mempunyai masalah, umpamanya kes di mahkamah sahaja yang boleh diterima.
Buktikan Najib tahu ‘derma Saudi’ palsu, baru boleh hukum: Shafee
Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu pasukan pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa anak guamnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memalsukan dokumen sepertimana penyataan pembukaan pendakwaan.
Kit Siang kata Dr Mahathir salah label Dong Zong rasis
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sebagai rasis adalah tidak benar.
Husni Hanadzlah mengaku berbohong demi tutup aib Najib
1. Husni Hanadzlah mengaku berbohong demi tutup aib Najib Bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengaku bahawa dia berbohong ketika berkata peletakan jawatannya tiga tahun lalu bukan kerana skandal 1MDB. Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Husni berkata dia berbuat demikian kerana melindungi perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak. Katanya, beliau […]
Bukan 41 pihak sahaja, ramai lagi yang terima duit 1MDB
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa banyak lagi pihak yang menerima wang berkaitan syarikat 1MDB.
Umno sedia berdepan saman pelucuthakan yang difail SPRM
Umno sedia berdepan saman pelucuthakan yang difail Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB yang didakwa diterima parti itu di mahkamah.
Perbicaraan kes Najib bermula Selasa
Bermula esok, Selasa, seperti yang ditetapkan sebelum ini, Mahkamah Tinggi dijangka memulakan pendengaran kes yang membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia pertama yang berhadapan dengan berpuluh-puluh tuduhan berhubung dengan pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan rasuah.
‘1MDB: Kito nak menerang pon tak reti’
Bicara Minda Bersama Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno
Skandal 1MDB: CEO Goldman Sachs mohon maaf kepada Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon, memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan peranan bekas pegawai bank itu Tim Leissner, dalam skandal 1MDB.