[LIVE] Malaysia #QuranHour: Formula berbudi & penyayang
Penganjuran Malaysia #QuranHour, iaitu interaksi dengan al-Quran melalui ‘Baca, Faham dan Amal’ sebagai kerangka fikir bangsa yang merdeka akan berlangsung buat tahun ketujuh bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64, tahun ini. Bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang, Malaysia #QuranHour akan berlangsung 30 Ogos ini dengan pelbagai pengisian yang menarik. Bagaimana, al-Quran boleh menyembuh dan merawat Malaysia? […]
[LIVE] PM 9: Majoriti Vs Kredibiliti
Satu Mesyuarat khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini di Istana Negara bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan. Menurut sumber, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan keputusannya berhubung pencalonan 220 ahli Parlimen yang memilih Perdana Menteri. Persoalannya, siapakah yang akan dipilih? PM 9: Majoriti Vs Kredibiliti? […]
[LIVE] Masa depan anak-anak di Syria
Sejak 2012, Syria Care telah menggerakkan pelbagai kempen dan projek bagi kelangsungan kehidupan pelarian di Syria termasuklah untuk anak-anak di sana. Bagi mengetahui apakah usaha yang Syria Care telah dan sedang laksanakan buat mereka? Ikuti Sinar Live ‘Masa Depan Anak-anak Di Syria’ yang dibawakan oleh Syria Care bersama Pengurus Besar Syria Care, Nurdieana Mohd Mardzi […]
[LIVE] Vaksin Covid-19: Perlukah suntikan ketiga?
Malaysia diramal akan mencapai 28,000 kes harian positif Covid-19 pada penghujung September ini sekiranya kadar pemberian dos kedua vaksin berada pada 100,000 sehari. Terkini, Sinar Harian melaporkan kesemua jenis vaksin yang digunakan di negara ini memerlukan dos ketiga bagi berhadapan varian Delta. Jadi, adakah Malaysia memerlukan suntikan ketiga bagi melandaikan keluk Covid-19? Ikuti kupasan lanjut […]
[LIVE] Varian delta: Ancaman sistem negara
Kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes COVID-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster). Namun perlu diingatkan, vaksin yang dicipta sebelum ini berdasarkan varian asal Wuhan, justeru vaksin yang akan dihasilkan untuk dos ketiga akan dicipta mengikut varian baru. Ada pandangan, dos ketiga wajar dipertimbangkan hanya selepas program imunisasi yang […]
[LIVE]Siapa ‘Hero’ Rakyat?
Negara kita telah merdeka selama 64 tahun dan telah dipimpin oleh lapan orang Perdana Menteri bermula Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dikalangan mereka ada yang digelar Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Bapa Pembangunan (Tun Abdul Razak Hussein), Bapa Perpaduan Malaysia (Tun Hussein Onn), Bapa Pemodenan (Tun Dr […]
[LIVE]Dana politik: Kenapa perlu rahsia
Undang-undang dana perlu digubal segera sekiranya MALAYSIA ingin menjadi sifar rasuah. Isu berhubung pembiayaan dana politik bukan perkara baharu untuk diperbincangkan kerana ia telah diusulkan sehingga ke peringkat Parlimen pada 2019. Malah difahamkan, usul yang lengkap dengan cadangan itu juga telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pembiayaan Dana Politik kepada pihak kerajaan sejak 2017. Namun persoalannya apakah […]
[LIVE] Gaza: Kisah di sebalik perjuangan
Ketika rakyat di negara ini sibuk memikirkan cara untuk merentas negeri sempena perayaan Aidiladha. Pernah terfikir bagaimana suasana Aidiladha di Gaza? Adakah cukup bantuan kemanusiaan yang sering diterima untuk mewarnai Aidiladha mereka? Ikuti kupasannya di Sinar live bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri Ada soalan? Ajukan di ruangan komen. #SinarLive #SinarUntukMalaysia […]
[LIVE] Air mata Bella
Ketika seluruh negara sedang berdebar tentang perkembangan situasi Covid-19, kisah dan nasib seorang remaja bernama Bella terlalu kuat menyorot perhatian umum. Bella yang menghidap sindrom down itu bagai dihantui mimpi ngeri apabila dilaporkan menjadi mangsa kejam penderaan. Di mana silapnya Bella sehingga diperlukan begitu? Ikuti Sinar live bersama Aktivis Masyarakat, Mona Din dan Yusof Azmi […]
[LIVE]PKPD: ‘Tutup depan, buka belakang’
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 sehingga 16 Julai depan. Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan tertinggi setakat ini. Namun kini memasuki minggu kedua PKPD dilaksanakan, peningkatan kes terus berlaku dimana dua hari berturut-turut kes harian melebihi […]