Jadi ini perlu kita lihat dan walaupun kita sepertimana Singapura mula-mula keluar pada tahun 1965 orang Melayu Singapura tidak merasakan apa-apa perubahan kerana yang dilantik sebagai presiden ketika itu adalah seorang Melayu tetapi malangnya tuan-tuan puan sekalian Melayu tersebut cuma menjadi gambar sahaja untuk dijadikan sebagai patung untuk menyedapkan hati orang Melayu hari ini kita dah seakan-akan dalam keadaan yang sedemikian tuan-tuan puan sekalian kita ada perdana menteri tetapi perdana menteri seolah-olah dijadikan sebagai wayang kulit sahaja iaitu dia punya tukang karutnya tuan-tuan puan sekalian adalah DAP kerana apa kerana perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri yang dilantik daripada parti yang 13 kerusi sahaja jadi maknanya perdana menteri kita tidak ada kekuatan politik yang ada padanya sepertimana beliau pernah menikmatinya semasa beliau menjadi perdana menteri pada tahun-tahun sebelum Pak Lah menjadi perdana menteri kerana pada ketika itu menjadi perdana menteri yang ke-empat Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan yang amat padu daripada parti Barisan Nasional khususnya Umno…