[LIVE] UMNO & PN selepas 14 hari: Apa pula selepas ini
UMNO mendesak kerajaan PN mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan ia perlu diadakan secepat mungkin. Apa bakal berlaku jika PN gagal melaksanakannya? Apa tindakan UMNO? Ke mana pula hala tuju Malaysia selepas ini? Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 268 […]
[LIVE] Rohingya: Antara kemanusiaan dan kedaulatan
Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk menghantar pulang pelarian etnik Rohingya kerana negara asal enggan menerima mereka. Mereka tidak dapat diusir keluar dan dikatakan bagaikan ‘raja’ kerana menerima pelbagai sumbangan dan bantuan sehinggakan rakyat sendiri berasa terpinggir. Apa yang sewajarnya kita lakukan sekarang? Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 267 jam 8.30 SEKARANG di semua platform […]
[LIVE] PRU 15: Kuasa pemimpin atau nyawa rakyat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyatakan pembukaan sidang parlimen adalah pada sekitar September atau Oktober, iaitu semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. Keadaan ini memberi sedikit bayangan sama ada PRU15 bakal diadakan hujung tahun 2021, atau mungkinkan pada awal tahun hadapan? Cukupkah persiapan dan yakinkah kerajaan bahawa Covid-19 sudah berjaya dibendung sepenuhnya […]
[SHORTS] Ordinan darurat bolehkan persidangan parlimen fleksibel
WACANA SINAR 264, 13 JUN 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 264 bertajuk `Parlimen hibrid: Solusi buat MP` bersama Felo Penyelidik ( Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana UTM, Dr Muhammad Fathi Yusof. UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3g8SuB3 Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia #KitaLaluiBersama
[LIVE] Parlimen hibrid: Solusi buat MP
Sesi sidang Parlimen hibrid kini sedang dikaji pelaksanaannya dan dijangka bakal membuka satu perspektif baharu di negara ini. Namun ramai di kalangan ahli parlimen mula meluah kebimbangan yang ia mungkin bakal melumpuhkan peranan mereka selain menjadi persidangan ‘separuh masak’ kerana sebaiknya isu negara dibincang secara bersemuka. Diskusi lanjut dalam Wacana Siri 264 jam 8.30 SEKARANG […]
[LIVE] Wakaf: Kejutkan ‘The Sleeping Giant’
Adakah kita sedar jika wakaf diurus dan dibangunkan dengan sistematik, ia mampu menjana kemajuan ekonomi ummah sepanjang zaman? Namun, terdapat banyak masalah yang timbul dalam sistem pengurusannya sehingga ia tidak dapat dimanfaatkan bagi menjana pendapatan, lantas wakaf digelar ‘the sleeping giant‘ oleh majalah Islamic Finance News (2012). Apa isu dan cabaran dalam mengejutkan semula gergasi […]
[LIVE] Cabaran Covid-19 #KitaLaluiBersama
Malaysia, kita sudah tidak banyak masa untuk menyelamatkan keadaan! Dalam sisa-sisa waktu yang masih bersisa, detiknya sudah tiba untuk ahli politik saling bersatu tenaga membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran selain pendaftaran vaksin Covid-19 di kalangan rakyat. Apa lagi yang boleh dilakukan? Tiga figura hebat berkongsi idea dan cara mereka dalam Wacana Siri 262 di semua platform […]
[LIVE] Total lockdown: Jalan terakhir cegah Covid-19?
Akhirnya kerajaan mengambil tindakan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula hari ini sehingga 14 Jun. Apakah ini jalan terakhir untuk mencegah penularan Covid-19? Sepanjang total lockdown ini, hanya 17 sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, dengan jangkaan ia bakal mengurangkan jumlah pekerja dari 15 juta menjadi 1.5 […]
[LIVE] Covid-19: Malaysia di ambang kritikal
[LIVE] Covid-19: Malaysia di ambang kritikal Apa sudah jadi? Hari ini kes baharu mereka yang dijangkiti Covid-19 mencecah angka 7,478! Rakyat mula panik, kebanyakan yang dulu tidak percaya keberkesanan vaksin, hari ini kecewa apabila lebih sejuta AstraZeneca habis ditempah dalam tempoh sejam sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga sudah mula […]