13 daripada 16 projek land swap libatkan bekas PM, menteri pertahanan
Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung pelaksanaan 13 daripada 16 projek ‘land swap’ Kementerian Pertahanan mendapati penglibatan anggota pentadbiran iaitu bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, hasil siasatan ke atas 16 projek tersebut mendapati bahawa anggaran kerugian hasil kerajaan adalah melebihi RM500 juta.
Menurut Mohamad, kesemua 16 projek ‘land swap’ tersebut melibatkan sebanyak 2,923 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan antaranya telah dan akan dipindah milik.
Beliau berkata, lanjutan daripada penemuan dan cadangan Jawatankuasa Siasatan beberapa tindakan telah diambil oleh Kementerian Pertahanan. Satu laporan berkaitan dua projek Land Swap kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 21 Februari 2019 di kem tentera Hutan Melintang, Perak dan Paloh, Johor.
Anwar dakwa hubungan kaum, agama makin teruk selepas PH tadbir negara
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan kaum dan agama di negara ini semakin meruncing dalam usaha Pakatan Harapan menjelmakan reformasi yang didambakan melalui pemerintahannya.
Dalam perutusan khasnya sempena ulangtahun pentadbiran PH, Anwar berkata PH tidak harus memandang ringan berhubung ancaman perkauman.
Sepanjang tempoh setahun PH mengambil alih Putrajaya, berlaku beberapa insiden yang mengancam keharmonian kaum dan agama di Malaysia, antaranya beberapa individu ditahan dan didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.
Terbaru, seorang pendakwah ditahan polis kerana didakwa menghina agama Hindu dalam ceramahnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kemenangan yang dinikmati PH hari ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran dan pengorbanan mereka yang benar-benar mendambakan perubahan dan reformasi yang bermakna sejak 20 tahun lalu
“Depa nak pakai baju hitam ke nak telanjang bogel pun kita peduli apa?
“Depa nak pakai baju hitam ke nak telanjang bogel pun kita peduli apa? Itu kata-kata yang dilemparkan tukang masak terkenal Chef Wan dalam Instagramnya yang mengkritik segelintir pihak yang memakai pakaian berwarna hitam sebagai simbol protes ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya ke-14 hari ini.
Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuan Ismail juga meminta pengikut di Instagramnya agar tidak mempedulikan golongan berkenaan kerana menurut beliau di akhirat nanti, semua orang akan dihukum sendiri oleh Allah.
Dalam hantaran itu, Chef Wan turut berkongsi gambar Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad
dengan kapsyen ‘He is not perfect but he is limted edition. He is Tun Mahathir.
Gangguan air di Klang dijangka pulih esok
Sebanyak 44 kawasan di Klang, Selangor yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden tiga paip utama pecah berhampiran projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping dijangka pulih secara berperingkat.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjangka pemulihan sepenuhnya bekalan di kawasan berkenaan bermula pukul 1 petang ini.
Katanya, Air Selangor bekerja secara berterusan bagi pemulihan bekalan di baki 21 kawasan dan menjangka bekalan akan pulih secara berperingkat dengan pemulihan bekalan sepenuhnya menjelang 3 petang.
Iftar@KL 2019 bermula Sabtu ini
Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar@Kuala Lumpur 2019, akan diadakan berhadapan Bangunan Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Tan Sri Norliza Rofli dalam kenyataannya hari ini berkata, program percuma yang memasuki penganjuran kali kelapan itu diadakan bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati suasana Ramadan di ibu negara.
Katanya, acara kemuncak program adalah pada 25 Mei iaitu Majlis Berbuka Puasa Perdana yang dijangka dihadiri tetamu Diraja dan pemimpin kerajaan yang akan turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai selain bertadarus al-Quran dan berbuka puasa.