1. Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta, sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.
Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu, membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu
Menurut Clare lagi memang sesuatu yang lazim untuk bayaran bagi penyelesaian luar mahkamah seperti itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib.
Turut dipaparkan dalam hantaran terbaru di Sarawak Report itu ialah beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi
2. Dua pemimpin Pas dipanggil SPRM hari ini
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Exco Pas, Nasir Daud dipanggil bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.
Difahamkan siasatan tersebut berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 Juta dimasukan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Hashim diminta untuk hadir ke Pejabat SPRM Perlis, manakala Nasir di Pejabat SPRM Kelantan.
Antara yang telah dipanggil SPRM ialah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abdul Nik Abdul Aziz.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bari-baru ini mengesahkan tiada dana itu dimasukan ke dalam akaun rasmi Pas.
3. BN sudah Innalillah…
Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru penduduk di sini, agar membuat pemilihan tepat dengan memilih calon PH Muhammad Aiman Zainali pada PRK DUN itu Sabtu ini.
Tegas Dr Mahathir, penduduk Semenyih hanya melakukan tindakan sia-sia jika memilih BN , Zakaria Hanafi pada PRK kali ini.
Ini kerana dakwa Perdana Menteri itu, BN sudah tamat riwayat, setelah kalah teruk pada PRU14 lalu.
“Yang ada UMNO, UMNO pun dah hancur. Tak ada ahli. Banyak yang minta mahu jadi ahli parti PH,” katanya dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan pucuk pimpinan komponen PH
4. Perubahan besar dalam Hari Sukan Negara 2019 – Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata akan berlaku perubahan besar dalam Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini.
Syed Saddiq berkata sambutan HSN yang merupakan acara tahunan kemungkinan tidak lagi disambut dalam satu hari seperti kebiasaan.
Dalam pada itu Syed Saddiq berkata dalam mentransformasikan Malaysia sebagai negara bersukan, rakyat memerlukan lebih tempat terbuka bagi menggalakkan orang ramai bersukan dan beriadah.
Katanya infrastruktur sukan yang akan dibina selepas ini perlu difokuskan kepada kawasan yang memerlukan dan bukan ditumpukan kepada lokasi yang didiami oleh individu berpengaruh.
5. Misteri penemuan batu hidup di tanah perkuburan
Penemuan beberapa batu megalith atau dianggap batu hidup di Bekoh, Tangkak pastinya mengejutkan ramai pihak.
Ini kerana belum pernah lagi tercatat dalam sejarah kewujudan batu berkenaan di negeri itu apabila ia kerap ditemui dalam wilayah Minangkabau melibatkan Negeri Sembilan dan Melaka khususnya Naning.
Namun pakar pengkaji sejarah, Mohd Azlan Mohd Sharif bersama beberapa rakannya mendedahkan misteri itu selepas Berjaya menjejaki batu yang sering kali dianggap keramat ekoran mampu berubah saiz dari semasa ke semasa.
Tambahnya lagi, batu megalith dikesan di Kampung Buyan, Kampung Dok dan Tanah Perkuburan Islam Bekoh di mana ia turut menempatkan makam ibu Tun Sulaiman Ninam Shah.