Perdana menteri berkata mempelajari dari kejayaan penggabungan tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik-pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanakan penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.
Menurutnya pendekatan baharu itu akan turut melibatkan penggunaan jentera moden selain memaksimumkan guna tanah dengan memperuntukkan sebahagian kawasan untuk penanaman sayur-sayuran dan penternakan haiwan.
Dr Mahathir berkata hala tuju industri padi negara bukan hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan golongan pesawah tetapi juga untuk memastikan golongan ini akan dapat terus membekalkan makanan ruji ini dan menyelamatkan rakyat daripada bahaya kekurangan makanan.
Sekretariat Ta’awun UMNO-Pas, Tan Sri Annuar Musa berkata, piagam bakal ditandatangani dua parti Melayu terbesar pada Himpunan Pas-UMNO (HPU914) pada 14 September ini bukan majlis pembentukan satu gabungan parti alternatif baharu.
Menurut, sebaliknya UMNO dan Pas ada perancangan sendiri yang akan diketahui apabila tiba masanya.
Rakaman video berdurasi 4 minit 21 saat itu dikatakan dirakam di dalam sebuah penjara di Kelantan pada 2 September lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu menjelaskan, dia ditangkap ketika berusia 19 tahun kerana terlibat dengan kejadian bunuh.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kes yang dimaksudkan oleh lelaki berkenaan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya itu kelihatan meragukan kerana sebanyak 1,278 titik panas dikesan melalui satelit Terra Aqua di Sumatera hari ini.
Siti Nurbaya memberitahu berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, jerebu yang melanda Malaysia bukannya berpunca dari wilayah Sumatera seperti yang dilaporkan media asing sebelum ini.
Pelan itu dilaporkan membabitkan penubuhan sebuah agensi penyelidikan untuk mencetuskan pendekatan baharu bagi masalah kesihatan negara, termasuk beberapa keganasan membabitkan senjata api baru-baru ini yang membawa maut di Dayton, Ohio dan El Paso, Texas.
Cadangan itu dilaporkan telah diilhamkan Bob Wright, bekas pengerusi rangkaian televisyen NBC, dan dijangka membabitkan penggunaan teknologi seperti telefon serta jam pintar untuk memantau sama ada pesakit mental akan bertindak ganas.