Haziq muncul lagi, dakwa sudah tiga kali lakukan seks dengan menteri
Haziq Abdullah Abdul Aziz, setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa bahawa hubungan seks bersama seorang menteri bukan yang pertama kali dilakukannya.
Malah kata Haziq, hubungan seks sejenis itu pernah dilakukan di Grand Continental Kuching 3 tahun lepas, selepas itu di Pullman Kuching semasa pemilihan parti pada Oktober tahun lepas dan di Grand Hyatt KL serta terbaharu di Fourpoints Sandakan bulan lepas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Sementara itu, Haziq turut mengakui susulan pendedahan video aksi seks tersebut tersebar, dia ada didatangi seorang wakil menemuinya bagi memaksanya menarik balik dakwaan yang dibuat sebelum itu.
Semalam Haziq menggemparkan negara dengan satu klip video berdurasi 30 saat di Facebook yang menyaksikannya berkata, beliau adalah individu dalam beberapa klip video tular yang menunjukkan 2 lelaki melakukan seks sejenis, dengan seorang daripadanya mirip seorang menteri kanan yang dinamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai individu pasangannya dalam video berkenaan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bagaimanapun mendakwa dakwaan tersebut bertujuan mematikan kerjaya politik beliau.
Video lucah: Hilman wakili Azmin buat laporan qazaf
Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham hadir membuat laporan qazaf iaitu menuduh seseorang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi di di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini selepas satu video intim menyerupai Datuk Seri Azmin Ali yang tular sejak kelmarin.
Jelasnya, laporan itu dilakukan ekoran tuduhan palsu dan fitnah jahat yang dilemparkan terhadap Azmin.
Hilman hadir membuat laporan qazaf itu kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini susulan tular rakaman intim seks sejenis antara individu menyerupai Azmin dan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin.
Haziq semalam mendakwa rakaman seks sejenis antara dirinya dan Azmin dibuat pada 11 Mei lalu di bilik sebuah hotel di Sandakan, Sabah.
Terdahulu, Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis berhubung penyebaran satu video lucah yang membabitkan Azmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira pukul 10.36 pagi.
Kementerian lapor SPRM, 6 helikopter bernilai RM300 juta tidak diterima
Kementerian Pertahanan hari ini membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian helikopter tentera bernilai lebih RM300 juta semasa pentadbiran lepas yang sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lapor Free Malaysia Today.
Menurut laporan portal itu, laporan tersebut dibuat disebabkan perjanjian rundingan yang dimeterai tidak mengikut prosedur sepatutnya.
Jelas laporan itu, pembelian menerusi rundingan terus itu mengandungi banyak terma kontrak yang merugikan kementerian sejak peringkat awal lagi.
Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan yang dipimpin oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika itu.
Tiga lagi mayat Orang Asli ditemui: Polis
Tiga lagi mayat Orang Asli suku kaum Batek dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang dipercayai terkena jangkitan radang paru-paru ditemui, petang semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, berkata semua mayat iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu dikenal pasti sebagai Safia Papan, 18, (perempuan), Jais Keladi, 55, dan Fayah Papan, 19, ditemui antara jam 4.30 hingga 5 petang.
Katanya, rangka pertama yang ditemui semalam dikenal pasti sebagai Din Hamdan, 18.
Semua mayat katanya ditemui antara 600 meter sehingga enam kilometer daripada kampung terbabit.
Katanya, setakat ini semua mayat yang ditemui di atas pelantar yang dibina di atas pokok setinggi tiga meter yang dibalut dengan tikar mengkuang.
Menurutnya, pada hari ini, pasukan Forensik akan masuk ke kawasan terbabit untuk membawa keluar semua mayat terbabit untuk dibawa ke tempat sepatutnya.
Lee Chong Wei umum gantung raket
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun dengan menegaskan dia perlu mengutamakan kesihatannya.
Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan hari ini dengan dia juga dilihat mengalirkan air mata ketika berucap.
Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya, namun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.