Tadabbur Surah Al-Kahfi
Pada ayat yang ke- 17, Allah menceritakan tentang matahari.
Allah condongkan matahari terbit condong daripada gua, pada sebelah kanan, pada sebelah kirinya terbenam.
Mengapa Allah bawakan perkara ini? Ini kebesaran Allah.
Inilah tentera Allah yang menolong kepada Ashabul Kahfi sehinggakan mereka itu mempunyai kemampuan untuk tidur ,dalam masa yang sama, ada haba dan tidak terlampau panas, tidak terlampau sejuk.
Ini kaedah Allah menjaga hambanya, walaupun kita rasa bahawa mustahil seratus, dua ratus, tiga ratus tahun untuk tidur.
Allah berupaya menolong kita.