Menurutnya, tulisan beliau di blognya semalam berhubung kontroversi pengenalan tulisan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah mulai tahun depan telah disalah tafsir.
Katanya, beliau memberitahu pernah mempelajari tulisan jawi sewaktu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1969, namun perkara itu tidak pernah mengurangkan identiti Cina dalam dirinya.
Bagaimanapun katanya, tidak ada paksaan dalam pembelajaran bahasa lain.
Terdahulu, Kit Siang di blognya menulis belajar tulisan jawi tidak akan menyebabkan orang Cina mengkhianati bangsa, bahasa dan kebudayaan mereka.
Sebaliknya, beliau berkata langkah tersebut hanya menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi.
Semalam, Ketua PKR Kangar Noor Amin Ahmad mendakwa seramai 198 ketua cabang parti itu menyokong penuh Anwar sebagai calon perdana mentero ke lapan.
Bagaimanapun, Haniza menepis dakwaan Noor Amin itu, mengatakan jumlah itu tidak tepat kerana terdapat di kalangan ketua cabang PKR yang tidak dihubungi bagi menyatakan sokongan tersebut.
3- Ismail Kassim masuk Bersatu bukan kerana pangkat
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menegaskan beliau masuk Bersatu bukan kerana mahu mengejar pangkat, apatah lagi untuk sekali lagi dicalonkan sebagai calon menteri besar Perlis.
Malah, Ismail yang juga adik Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perkara itu sama sekali tidak akan berlaku meskipun terdapat permintaan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sekali pun.
Beliau keluar Umno pada Jun tahun lalu di tengah-tengah perselisihan dengan pimpinan Umno pusat yang enggan menyokongnya selepas Raja Perlis menolak Ismail sebagai calon menteri besar.
Sejak itu, beliau menjadi Adun bebas.
4-Permohonan maaf tak selesaikan isu pencemaran Pasir Gudang
‘Ia tidak lebih dari sekadar mohon maaf’, itu reaksi Naib Presiden UMNO terhadap permohonan maaf Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika sesi townhall isu-isu semasa Pasir Gudang semalam.
Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled, kenyataan Sahruddin itu tidak disusuli dengan penjelasan agar tragedi sama tidak berulang.
Nur Syazana Salim , berkata, suaminya Muhammad Hafiz Alias, menunjukkan perubahan positif apabila mampu berkomunikasi dan mengenali ahli keluarga yang melawatnya.
Menurutnya, ketika ini suaminya perlu berpuasa dan bergantung kepada ubat yang dimasukkan oleh doktor.