Rakyat Malaysia kini sudah mula rimas dengan situasi politik yang dilihat semakin berantakan. Sejak 13 Oktober lalu, susulan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, mereka dilihat semakin keliru dengan ‘drama-drama’ yang berlaku setiap hari.
Dalam pada masa sama, gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda dan belum ada tanda penurunan juga antara sebab rakyat berang kerana ahli politik negara terus-terusan ‘berpolitiking’ tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Ada berpendapat, ini masa terbaik PRU diadakan. Namun ramai juga membangkang. Jadi bilakah masa terbaik?