1. Masyarakat bukan Islam fobia isu berkaitan Islam: Mufti Perlis
Masyarakat bukan Islam di Malaysia seolah-olah fobia atau trauma, sekiranya seni khat jawi yang akan diperkenalkan dalam buku teks sekolah mempunyai hubung kait dengan agama Islam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebahagian masyarakat bukan Islam, menganggap melalui pengajaran tulisan khat jawi di sekolah, seolah mereka sedang terapkan dakwah agama Islam, tambahnya lagi, bahawa tulisan khat jawi tiada kaitan atau hubungannya dengan agama.
Ujur Asri, Seperti songkok, masyarakat di India juga memakai songkok, sedangkan Nabi Muhammad SAW tidak memakainya, begitu juga dengan baju Melayu dan sampin yang hanya pakaian bangsa Melayu.
Tulisan khat jawi, ia adalah tulisan bangsa Melayu, tetapi sebahagian orang bukan Islam, menganggap tulisan khat jawi itu, satu tindakan untuk cuba mengislamkan mereka,” katanya dalam ceramah mingguan Mohd Asri di Masjid Alwi, semalam.
2. SAR guna teknologi tinggi kesan Nora Anne
Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak enam hari lalu, diperhebat hari ini dengan penggunaan teknologi tinggi.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar, pihaknya menggunakan enam dron yang dilengkapi dengan teknologi thermal imaging bagi mengesan haba.
Malah pasukan SAR juga turut menggunakan pesawat jenis AS 355N yang mampu mengambil visual dari udara dan mampu mengesan thermal imaging.
Pesawat dan dron ini mempunyai teknologi mengesan haba daripada objek dan manusia pada ketinggian 1,500 kaki pada waktu siang dan malam.
Selain penggunaan teknologi, pencarian juga melibatkan pakar misi pencarian dalam hutan seperti Orang Asli dan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya kepada Astro AWANI.
Sumber Video: Astro Awani & Berita Tv9
3. Kereta nasional ketiga dilancar Mac 2021
Model pertama kereta nasional baharu dijangka mula dilancarkan pada Mac 2021 dengan jangkaan model jenis sedan segmen C.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, syarikat tempatan, DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) dipilih sebagai syarikat utama dalam projek ini dengan kos pelaburan 100 peratus daripada pembiayaan swasta.
Syarikat ini berjaya membuktikan keupayaannya dengan kemampuan teknologi yang dimiliki, selain rekod cemerlang dalam projek berkaitan robotik, internet benda (IoT) dan rekaan automotif,”.
Menurutnya, Daihatsu Motor Company (Daihatsu) pula akan memberi sokongan dari aspek teknologi.
4.Tun M terima Anugerah Instafamous Inspirasi
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menerima Anugerah Instafamous Inspirasi edisi kedua hurr.tv, hab digital gaya hidup kontemporari.
Dalam video penerimaan, Dr Mahathir berkata anugerah Instafamous Inspirasi tersebut, disampaikan kepada beliau atas dasar kepimpinan, kerja kuat, dedikasi dan sumbangannya kepada rakyat Malaysia.
Pengarahnya Datin Elaine Daly berkata, anugerah Instafamous Inspirasi adalah justifikasi kukuh bahawa Dr Mahathir, sememangnya seorang individu yang sentiasa mempamerkan kekuatan, disiplin serta tekad yang memberikan terbaik kepada rakyat dan negara.
Sumber Video: hurr.tv
5.Tinjau pesawat di ‘Anjung Spotter’ KLIA
Jika anda mahu merasakan aktiviti melihat kapal terbang berlepas dari landasan sebagai detik romantik, anda boleh berbuat demikian di dek pemerhatian pesawat terbuka pertama di Malaysia!
Terletak di Jalan Pekeliling bersebelahan dengan Runway 32 Left (32L), lokasi itu adalah hotspot terbaharu, untuk tetamu yang berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lapangan Terbang Malaysia, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, hotspot pemerhatian terbuka itu dapat memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung, terutamanya dalam mencipta memori dalam kenangan kepada ramai rakyat Malaysia, tambahan pula lokasinya memberi pemandangan lebih sempurna tentang pesawat yang melalui Runway 32L.
Kemudahan terbaharu ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan pengunjung akan dapat menikmati dan merakamkan panorama pelbagai pesawat dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di KLIA.