Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata Allah mempunyai anak. Apakah ideanya, orang yang mengatakan Allah mempunyai anak menyamakan Tuhan dengan benda, dengan makhluk, dengan material.
Inilah fahaman materialism yang berada dalam pelbagai agama, dalam pelbagai ceramah motivasi, dalam pelbagai sistem pendidikan.
Maka, apakah yang perlu kita ambil perhatian di sini. jangan kita menjadi orang yang materialism, tetapi kita akan menjadikan Allah, kita meletakkan Allah pada tempatnya. Selalu meletakkan Allah melangkau daripada makhluk dan kita akan sentiasa bergantung hanya kepada Allah. Tidak bergantung kepada makhluk kerana Allah dan makhluk tidak sama. Inilah panduan bagaimana untuk kita menguruskan akhir zaman.
World #QuranHour