Menteri Perdagangan Somaliland, Mohamoud Hassan Sa’ad, berkata, negara Somaliland jauh berbeza dengan Somalia. Menurutnya, Somaliland negara yang bebas, demokrasi dan berdikari sendiri.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan lawatan kerja bersama tujuh lagi delegasi dari negara tersebut di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.