Kempen akhir PRK Cameron Highlands, Tun M bikin panas!
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turun buat pertama kali hari ini dalam kempen terakhir PRK Cameron Highlands.
Disambut ribuan orang ramai yang mula membanjiri Dataran Koyan sejak jam 10.30 pagi tadi, Manakala Tun Mahathir tiba di Dataran sekitar jam 12 tengahari.
Kehadiran beliau disambut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan menteri Pertahanan , Mohamad Sabu selain Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin.
PRK Cameron Hoghland akan berlansung esok dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru.
2. ‘Selagi ada hayat saya akan betulkan negara’: Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar rakyat sayangkan negara dan menolak kepimpinan kleptokrat.
“Selagi ada hayat, saya akan cuba betulkan negara. Bukan kerana duit tapi kerana sayangkan negara. Ini negara kita, membesar di sini, berkahwin di sini dan dapat anak di sini.
Katanya lagi, “Tak sayangkah kita pada negara sendiri? Sebab itu kita ingin lihat negara kita ditadbir orang yang bukan pencuri tetapi orang yang baik seperti (bekas-bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.
3 . Umno bidas skim mySalam pinggir nasib M40
Umno membidas tindakan kerajaan memperkenal Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang didakwa tidak inklusif kepada semua rakyat dan meminggirkan nasib golongan M40.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
Skim insurans B40 ini tidak sepenuhnya selari dengan prinsip-prinsip perlindungan kesihatan sejagat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurutnya, mySalam tidak inklusif memandangkan ia hanya merangkumi 3.69 juta orang dari kumpulan B40. Bagaimana dengan mereka dari kelompok M40 yang turut berhadapan dengan kekangan kewangan dalam mendapatkan perkhidmatan kewangan?
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan mySalam dengan menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma.
4. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong bukti permuafakatan Raja-Raja Melayu
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, keputusan pantas dicapai Majlis Raja-Raja itu juga menunjukkan kematangan dan kesediaan Raja-Raja Melayu dalam menghadapi sebarang masalah.
“Ini pertama kali perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Tambahnya lagi, ini merupakan satu cabaran kepada institusi diraja itu sendiri, yang mana kita dapat lihat sejauh mana kesediaan Majlis Raja-Raja menghadapi situasi seperti ini
5. Niagara Falls membeku
Musim sejuk melampau yang kini melanda Eropah dan Amerika masih menjadi bahan bualan dan perkongsian di kebanyakan platform media sosial.
Keajaiban musim sejuk kali ini telah menyebabkan air terjun ikonik Niagara Falls turut mula membeku.
Video yang dirakamkan pada isnin menunjukkan air terjun yang berada di antara wilayah Ontario Kanada dengan New York, Amerika Syarikat tampak penuh.
Seakan ada awan putih mengiringi aliran deras air terjun berkenaan.
Pokok dan tumbuhan di sekeliling pula membeku bagai dibungkus rapi.
Diafahamkan, dasar sungai berkenaan turut mula membeku akibat suhu yang terus menjunam.