Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuat permohonan maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung dengan ucapannya yang didakwa disalah tafsir pihak-pihak tertentu baru-baru ini.
Menurutnya, situasi yang berlaku itu terjadi tanpa niatnya dan permohonan maaf dibuat bagi mengelakkan salah faham berlanjutan.
Bazlan yang membuat kejutan apabila mengumumkan penyertaannya dalam DAP Sabtu lalu berkata, walaupun pilihannya itu mengundang kecaman hebat, beliau tidak menyesal dengan keputusannya itu kerana menyifatkan DAP sebagai parti yang lebih harmoni.
Saranan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta semua pihak berhenti daripada bercakap soal peralihan jawatan Perdana Menteri harus diambil serius semua peringkat pimpinan dalam parti itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Yahya berkata, saranan itu merupakan keperluan penting terutamanya dalam situasi negara yang perlu dipulihkan semula dari segi ekonomi dan pentadbiran ketika ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar semalam yang dilapor menggesa ahli partinya tidak mengeluarkan kenyataan menggesa Dr Mahathir melepaskan jawatan itu.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, konsensus pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengenai penyerahan kuasa Perdana Menteri kepadanya apabila tiba masanya nanti masih kekal.
Titah baginda, memilih kerajaan adalah perkara serius kerana nasib rakyat dan negara bergantung kepada yang diberikan kuasa untuk membentuk kerajaan malah penilaian dalam memilih perlu diasaskan kepada pemikiran rasional berteraskan fakta dan bukan sentimen serta emosi.
Mayat seorang remaja lelaki albino berusia 15 tahun ditemukan dikerat di Burundi seminggu selepas mangsa dilaporkan hilang.
Ia adalah pembunuhan pertama seumpamanya di negara itu dalam tempoh tiga tahun, kata kumpulan albino tempatan pada Ahad.
Remaja itu ditemui mati pada petang Sabtu di barat laut negara itu di tepi sungai Rusizi yang memisahkan Burundi dari Republik Congo, tidak jauh dari kampung halamannya.
Golongan albino yang mempunyai kulit putih dan rambut kuning akibat gangguan genetik disebabkan ketiadaan pigmentasi kerap dibunuh di beberapa negara Afrika untuk diambil anggota badan mereka bagi kegunaan ritual sihir.