Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh: isteri Azmin
Melalui laman twitter isteri kepada Datuk Seri Mohmaed Azmin Ali, Datin Seri Shamsida Taharin hari ini telah menulis sepotong ayat Al Quran Al Fitnatul Ashaddu Minal Qhat, atau bermaksud Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh.
Tulisnya lagi, seorang mukmin percaya kepada perintah Allah dan dalam keadaan terdesak untuk dunia, manusia lupa dan akhirnya memperoleh la’nat-Nya
Dia juga turut memberitahu suaminya untuk berTawakal, taqwa dan sabar untuk bimbingan, perlindungan dan pahala.
Dipercayai status tersebut berikutan semalam tersebar sebuah video intim memaparkan dua lelaki berada di atas katil yang melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.
Susulan tersebarnya video tersebut, hari ini dikejutkan pula video seorang lelaki Haziq Aziz mengaku bahawa beliau lah individu yang beraksi dalam video intim tersebut.
Pas gesa mahkamah syariah bertindak terhadap lelaki mengaku dalam video seks
PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah segera bertindak ke atas individu yang membuat pengakuan terlibat dalam rakaman video seks menyasarkan seorang menteri kabinet, yang mula tersebar awal pagi semalam.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas pengakuan Setiausaha Sulit Kanan Shamsul Iskandar Md Akin, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkenaan perkara itu.
Kata Tuan Ibrahim, sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial awal pagi tadi, Haziq bersumpah bahawa dia merupakan salah seorang yang dirakam dalam video itu.
Dia mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu i sebuah bilik hotel di Sandakan dan video itu dirakam tanpa kebenarannya.
Perkampungan Orang Asli Kuala Koh diisytihar zon merah
Polis mengisytiharkan Perkampungan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang sebagai zon merah susulan kematian 14 penduduk di kampung itu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata sekatan jalan di Aring 10 adalah sebagai kawalan yang bukan hanya untuk penduduk Orang Asli yang tinggal di kampung itu, tapi menghalang kemasukan orang awam dan pegawai daripada pelbagai agensi.
Hanya pegawai agensi kerajaan khas yang terbabit dalam operasi pencarian 12 kubur Orang Asli, dibenarkan masuk ke kawasan kampung terbabit, selebihnya dihalang.
Antara agensi yang dibenarkan termasuk polis forensik serta anggota operasi bagi pencarian mayat Orang Asli yang ditanam secara adat.
Mohd Taufik berkata, pemeriksaan ketat turut dijalankan terhadap kenderaan yang memasuki kampung terbabit.
Penyanyi mengaku tidak bersalah simpan, kurung anak beruang
Penyanyi Zarith Sofia Yasin yang sebelum ini ditahan Jabatan Perhilitan kerana menyimpan seekor anak beruang matahari minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Zarith Sofia, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menyimpan dan mengurung anak beruang tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Manira Mohd. Nor.
Mengikut pertuduhan pertama, bekas peserta rancangan realiti TV itu didakwa telah didapati menyalahi undang-undang menyimpan seekor beruang matahari tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dibawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas.
Messi atlet paling kaya di dunia
Pendapatan penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi lebih tinggi berbanding diraih juara tinju dunia, Floyd Mayweather sepanjang tahun lalu menurut majalah perniagaan Forbes.
Messi yang menjaringkan 36 gol ketika membantu Barcelona menjulang La Liga tahun ini, meraih pendapatan RM528.7 juta membabitkan gaji dan penajaan untuk melonjak ke tangga teratas senarai 100 atlet dengan bayaran tertinggi.
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo meraih RM453.7 juta disusuli penyerang Paris Saint-Germain, Neymar RM437.1 juta.
Menurut Forbes, atlet dengan bayaran tertinggi dalam senarai itu secara keseluruhannya meraih pendapatan berjumlah RM16.6 bilion alam tempoh 12 bulan terakhir naik lima peratus berbanding tahun lalu RM15.8 bilion.