UMNO belajar dari Pas jadi pembangkang
UMNO belajar dari Pas jadi pembangkang
UMNO perlu belajar daripada Pas yang berpengalaman sebagai sebuah parti pembangkang dihormati di negara ini, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail.
Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua parti terbesar Melayu itu memberi peluang kepada UMNO belajar bagaimana menjadi pembangkang terbaik yang diterima rakyat.
Najib bayar RM300,000 analisis kandungan media bahasa Cina
Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran sebanyak RM300,000 kepada syarikat Centre of Strategic Engagement Media Sdn Bhd (Cense) bagi menganalisis kandungan media harian berbahasa Cina.
ECRL: Tiada tanah diberi percuma kepada kontraktor China
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menolak dakwaan tanah seluas 4,500 ekar di sepanjang Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan diberikan secara percuma kepada China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Najib baca buku ’Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia’ di mahkamah
Datuk Seri Najib Razak hari ini tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur tanpa penyokong, tidak seperti hari pertama perbicaraannya.
Perbicaraan Najib bersambung hari ini
Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan tuduhan salah guna kuasa dana SRC International Sdn Bhd.
ECRL disambung dengan kos lebih rendah
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang digantung sejak Julai 2018, disambung semula dengan kos fasa 1 dan 2 dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion.
Kalau kaya kenapa pindah duit RM10 juta beli rumah di London?
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa menyembunyikan tindakannya memindahkan wang RM10 juta bagi pembelian kediaman di London, United Kingdom.
Kenapa dulu tak tanya…
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas sikap bekas menteri BN berhubung isu ECRL yang sebelum ini membisu.
PH biar DAP corak Yadim: Pas
Pelantikan Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali sebagai ahli lembaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memperlihatkan PH akan membiarkan yayasan tersebut dicorakkan oleh DAP.